Saturday, December 25, 2010

Clickbank-affiliate program



Sumber asal..untuk lebih lanjutan sila pergi ka Affiliatejaya.com ( http://www.affiliatejaya.com/clickbank1.htm )


CLICKBANK

Gedung Affiliate Anda

Bagi anda yang sudah lama terlibat dalam Program Affiliate tentu sudah tidak asing lagi dengan Clickbank. Namun bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam Prgram Affiliate pasti baru kali ini terjumpa perkataan ‘Clickbank’ ini. Ataupun, mungkin ada juga yang sudah pernah melihatnya tetapi tidak tahu sangat mengenainya.

Di sini, dan hari ini semua persoalan anda tentang Clickbank akan terjawap

APA ITU CLICBANK?

Secara mudahnya begini. Clickbank adalah sebuah organisasi yang menjadi pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan Program Affiliate berpusat bagi pemasaran sesuatu produk/perkhidmatan dari sesebuah syarikat atau individu yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Dengan adanya perkhidmatan Clickbank, sesebuah syarikat atau individu yang ingin meluaskan pasaran produk/perkhidmatan mereka tidak perlu lagi besusah payah menganjurkan Program Affiliate sendiri.

Mereka hanya perlu membayar yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh Clickbank dan segalanya akan diuruskan oleh Clickbank bermula daripada khidmat merekrut peserta Affiliate, menyediakan skrip-skrip yang diperlukan, menyediakan statistik jualan dan komisyen sehinggalah kepada urusan bayaran komisyen kepada peserta Affiliate.

APA KELEBIHAN CLICKBANK?

Bagi syarikat atau individu, khidmat Clickbank adalah amat berguna kerana sudah ada pihak lain yang menguruskan Program Affiliate unutk produk/perkhidmatan mereka.

Selain itu, Clickbank bolehlah diibaratkan seperti gedung kepada pelbagai jenis produk/perkhidmatan yang boleh dipromosikan melalui Program Affiliate. Jika anda menjadi ahli Clickbank, ini bermakna anda layak mempromosikan semua produk/perkhidmatan yang tersenarai di Clickbank.

Berbanding jika menyertai Program Affiliate yang dianjurkan oleh sesebuah syarikat/individu, anda hanya boleh mempromosikan produk/perkhidmatan mereka sahaja.

Pendek kata, jika anda adalah ahli kepada Clickbank bermakna anda telah menyertai Program Affiliate untuk lebih daripada 10 000 produk/perkhidmatan yang dipasarkan di Internet.

BAGAIMANA & SIAPA BOLEH MENYERTAINYA

Seperti kebanyakan Program Affiliate lain, Clickbank boleh disertai secara percuma. Hanya isi borang permohonan yang disediakan di Clickbank untuk menjadi ahli. Prosesnya sungguh mudah dan keahlian Clickbank dibuka pada semua yang berminat. Sekiranya negara anda tersenarai dalam senarai Clickbank, maka secara automatik anda layak menjadi ahli.

Adakah Malaysia tersenarai di Clickbank? Jawapannya amat mendukacitakan kita semua. Dahulu memanglah Malaysia tersenarai, tetapi tidak lagi sekarang. Menurut sumber tertentu, Clickbank telah mengeluarkan Malaysia dari senarai mereka kerana terdapat banyak penyelewengan yang telah dikesan dilakukan oleh ahli dari Malaysia. Jadi, jangan salahkan Clickbank kerana tidak menyenaraikan Malaysia dalam senarai mereka!

Walaupun begitu, sebagai rakyat Malaysia anda masih boleh menjadi ahli Clickbank secara sah iaitu dengan menggunakan alamat luar dari Malaysia semasa mendaftar keahlian di Clickbank.

Sama ada menggunakan alamat rakan, saudara ataupun kenalan anda yang berada di negara lain yang tersenarai di Clickbank, semuanya terpulanglah kepada anda. Apa yang penting adalah pastikan cek atau wang komisyen dari Clickbank dapat dipindahkan kepada anda dengan selamat.

BAGAIMANA UNTUK BUAT PROMOSI?

Seperti Program Affiliate yang lain, setelah anda diterima menjadi ahli Clickbank, anda akan diberikan satu ID sebagai pengenalan. Setiap jualan yang dilakukan oleh anda akan dikesan melalui ID tersebut bagi memastikan komisyen dapat dibayar kepada pihak yang betul.

Promosi boleh dilakukan dengan pelbagai cara sebagaimana anda melakukan promosi untuk Program Affiliate yang lain. Setelah memilih produk/perkhidmatan yang ingin anda promosikan, anda akan diberikan ‘link kod’ yang mengandungi ID anda dan juga ID syarikat/individu tuan punya produk/perkhidmatan tersebut.

Seterusnya anda bolehlah mula meletakkan kod tersebut sama ada di dalam website, email, ebook, newsletter atau apa sahaja kaedah promosi yang sesuai bagi anda. Jika jualan terhasil, maka anda akan mendapat komisyen. Jumlah komisyen terkumpul yang berjaya anda perolehi boleh disemak pada bila-bila masa di website Clickbank.

OK, sekarang mari kita sambung bagaimana untuk memilih produk/perkhidmatan yang melambak di Clickbank untuk promosi.

Ada 5 cara untuk memilih produk/perkhidmatan:


1) Ikut market favourite anda. Contoh: buat duit, adsense, kesihatan, main golf, etc.


2) Ikut peratus komisyen. Ada yg tawarkan sehingga 50% ke 75% komisyen.


3) Ikut popularity. Jika produk tersebut popular maka ia satu petanda produk/perkhidmatan tersebut mudah dijual dan mendapat sambutan hangat.


4) Ikut performance. Berbeza dengan no (3), kaedah ini lebih melihat performance pendapatan Affiliate daripada jualan VS refund history.


5) Menjual produk baru sahaja. Ambil peluang daripada persaingan yang masih kecil berbanding Affiliate lain.


Masih tidak jelas? Jangan risau…


Berikut adalah step bergambar berdasarkan 5 cara di atas untuk memudahkan penyampaian:

Mula2 sekali pergi ke URL:

(http://www.clickbank.com)

Lepas tu klik menu "Promote Products"





(1) Cara ni mudah, anda boleh melakukan carian mengikut katakunci atau klik untuk explore senarai produk mengikut kategori dan sub-kategori


Gambar X


Rujuk Gambar X di atas:

- Masukkan katakunci di (A) ikut market anda
- Pilih Kategori atau "All" untuk cari di semua kategori (B)
- Klik butang (C) untuk mendapatkan senarai carian

- Atau klik pada senarai kategori yang anda inginkan (D)


(2) Apabila anda melihat senarai produk, perhatikan bracket di sebelah kanan Nama/Tajuk Produk. Itu adalah angka yang mewakili jumlah komisyen dalam bentuk peratus. (Rujuk C pada Gambar XX di bawah)


Gambar XX


(3) Susun senaraian produk ikut popularity: Pilih "Popularity" di (A) dan klik butang (B). Rujuk Gambar XX di atas.

(4) Terdapat pelbagai indikator performance produk. Rujuk bahagian (D) pada Gambar XX di atas:

(4a) $Earned/Sale

Indikator ini menunjukkan jumlah bersih yang Affiliate pernah dapat daripada jualan yang pernah dibuat untuk produk tersebut. Jumlah ini penting kerana kita dapat melihat "kualiti" sebenar produk tersebut. Mari saya bagi contoh:

Katakan Produk A berharga $100.
Kos Clickbank, 7.5% + $1 = $8.50

Maka, Harga Jualan Bersih Produk A = $100 - $8.50 (Kos Clickbank) = $91.50

Komisyen Affiliate sebanyak 50% = 50% x $91.50 = $45.75
Setiap jualan, Affiliate akan dapat $45.75 komisyen bersih.

Jika indikator $Earned/Sale adalah $20, maka ia menunjukkan hampir 56% daripada jualan telah direfund oleh pembeli. Ini bermakna jika anda menjual Produk A, secara kasarnya anda akan untung 44% daripada 50% komisen Produk A. Selebihnya adalah refund!


(4b) %Earned/Sale
Purata komisyen mengikut masa. Berubah, jika Penjual Produk pernah menukar peratus komisyen. Contoh, bulan Januari komisyen 30%, lepas tu bulan Jun 50%, maka purata komisen adalah 40%.


(4c) %Referred
Peratus Jumlah jualan yang di rujuk oleh Affiliate. Adakalanya, jualan boleh berlaku tanpa dirujuk Affiliate. Contoh, jika Penjual Produk menjual sendiri 25%, maka bahagian Affiliate yang menjual hanya 75%.


(4d) Gravity
Nilai pemberat yang mewakili jumlah jualan yang pernah berlaku dalam masa 8 minggu lepas. Nilai antara 0.1 hingga 1. Semakin terkini waktu jualan yang berlaku maka makin besar nilai. Contoh, jika terdapat 100 jualan pada 8 minggu lepas, maka nilai pemberat adalah 100 x 0.1 = 10. Jika terdapat 25 jualan pada hari ini maka 25 x 1 = 25.



(5) Kaedah termudah untuk melihat senarai produk terbaru, adalah dengan melawati portal 3rd-party. KLIK DI SINI!






Tanpa perlu mendaftar pun, anda dapat melihat beberapa senarai produk terbaru. Kemudian, lakukan carian terperinci di Clickbank.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net