Sunday, January 9, 2011

Cerpen : Abah



Cerpen : Abah


Peluh kelihatan menitik di dahi abah.Keringatnya yang semakin uzur itu
dipaksa juga demi mencari sesuap nasi untuk diberi kepada anak-anaknya
yang sedang dalam kelaparan menahan lapar setelah beberapa hari mengikat
perut.Abah mengayuh perlahan beca tua yang menjadi punca rezeki bagi
abah untuk menyara diri anak-anak dan dirinya.
Walaupun begitu,abah tetap bersyukur dengan rezeki tuhan ini walaupun
kadang-kadang terpaksa mengikat perut demi mengenyangkan perut
anak-anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak melukai hatinya.Abah tidak
pernah berkira dengan anak-anaknya.Malahan,bagi abah,anak-anaknyalah
penawar dan racun baginya.Semenjak kematian umi tercinta akibat penyakit
lemah jantung,kesihatan abah pula makin terjejas.
Abah selalu batuk-batuk tidak menentu pasal sehingga menimbulkan
kerisauan dalam diri anak-anak abah.Abah,ketahuilah,kami semua sayangkan
abah.Abahlah ayah dan emak bagi kami semenjak kematian umi.Abah banyak
berjasa terhadap kami.Kami tidak mampu membalas jasa abah yang mana bagi
kami terlalu besar dalam mengerti erti sebuah pengorbanan.Pengorbanan
yang abah cucurkan tidak dapat dibayar walaupun dengan seguni
emas,permata,intan walaupun berlian!Abah,kami sayang abah.Kami akan cuba
sedaya upaya untuk tidak menyakiti abah.Asalkan abah perlu tahu,Abah
tidak perlu memberi harta duniwai kepada kami,cukuplah dengan kasih
sayang seorang ayah yang kami dahagakan selama ini.Untung kami dapat
abah, yang memahami diri kami yang masih terkapai-kapai di dalam kirmizi
yang masih tidak nyata mana punca dan tujunya.
Abah,anak-anakmu,Dahlan,Dahlia,Durrah,Dzul,Damiyya,Danial dan Durrani
tetap menyanjungi abah.Kami adik-beradik telah bersumpah sesama sendiri
untuk menjaga abah apabila suatu hari nanti kami telah berjaya menggapai
bintang di langit.Dalam masa itu,mungkin abah sedang menikmati sisa-sisa
hidup abah.Kami akan melimpahi abah dengan pelbagai bentuk kebahagiaan
kerana itu sahaja yang termampu bakal kami lakukan terhadap abah
walaupun tidak setanding dengan budi dan bakti yang abah curahkan kepada
kami adik-beradik selama ini,abah.

Abah memberhentikan beca tuanya itu di hadapan rumah yang boleh dianggap
sebagai pondok,yang mana tidaklah sebesar rumah dan tidak layak diduduki
oleh keluarga yang yang besar semacam abah.Abah turun dari beca,di
tangan kiri abah,tergenggam kemas plastik yang di dalamnya mengandungi
bungkusan makanan untuk dijamukan kepada anak-anak abah yang sedari tadi
menunggu kepulangan abah dalam keadaan perut yang hanya beralaskan
angin.Kami minta maaf abah!Kami banyak menyusahkan abah.Namun,apakan
daya kami abah,kami ini hanya manusia biasa yang memerlukan keperluan
asas sebagaimana manusia lain yang begitu juga darahnya merah seperti
kita, abah.Danial dan Durrani,sepasang kembar yang berlainan
jantina,umurnya mereka belum pun mencecah lima tahun.Tetapi mereka harus
menempuh hidup yang berliku yang mana penuh dengan onak dan ranjau
berduri ini.Terpaksa tidur di bawah sinaran lampu minyak tanah,menahan
lapar hari-hari dan yang paling menyedihkan mereka juga belum puas
merasai kasih sayang seorang ibu.Umi meninggalkan kami ketika Danial dan
Durrani masih berusia satu tahun.Itu satu cubaan yang berat buat
kami,abah!Tetapi,bila difikirkan balik,kami masih mempunyai abah!Kami
tahu,abah tidak mensia-siakan kami.Kami percaya dangan kesetiaan abah
terhadap umi.Oleh kerana itu,abah masih tidak mencari pengganti
umi.Lagipun bagi kami,umi tiada galang gantinya.Nampaknya abah faham
perasaan kami walaupun hidup tanpa pasangan kelihatan susah kerana
semuanya perlu diuruskan seorang diri.Abah,kami memohon ampun sekali
lagi,kudrat kami masih tidak menjangkau untuk membantu abah dalam
mencari walau setitik rezeki.Tetapi kami berjanji,kami akan cuba
membalas semula terhadap apa yang abah telah lakukan kepada kami.

*************************************

"Abah,dekat sekolah,kawan-kawan Dzul,semua ada buku latihan ni.Dzul
sorang je yang tak de."Dzul bersuara lantang sambil mulutnya mengunyah
dengan lajunya.Kelihatan dia lapar benar.Abah kelihatannya mengeluh
pendek.Sebolehnya abah tidak mahu anak-anak mengetahui kesusahan abah
dan abah juga tidak mahu anak-anak abah mempunyai kelengkapan yang tidak
cukup sepertimana anak-anak yang lain mempunyai keperluan yang mencukupi.
"Nanti abah bagi duit.Dzul jangan risau."Abah cuba menyedapkan hati
Dzul.Abah tidak mahu anak abah ketinggalan.Dzul kelihatan senang hati
selepas itu.Ah!Dzul masih kana-kanak,dia tidak akan mengerti apa pun
penderitaan abah.Dahlan selaku anak sulung bersuara,
"Ayah,kami semua kesian tengok ayah.Ayah pun tak berapa sihat sangat.Apa
kata kalau Alan berhenti sekolah?Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan
penderitaan abah.Kami tak mahu abah susah."Dahlan menyatakan
hasratnya.Seketika kemudian,raut wajah abah berubah.
"Alan!Apa Alan cakap ni?Abah tak pernah susah.Abah tak nak anak-anak
abah tercicir pelajaran!Baik Alan tarik balik kata-kata Alan!"Semua
terkedu-abah meninggikan suara.Tidak pernah mereka melihat abah beremosi
seperti itu.Tetapi mereka tahu,niat abah baik.
"Maafkan saya abah,saya tak bermaksud nak sakitkan hati abah."Dahlan
meminta maaf seraya kelihatan mulutnya terketar-ketar.Gerun dengan
abahnya yang tiba-tiba beremosi.Tetapi abah tidak salah.Manik-manik
jernih mula kelihatan di kelopak mata abah.Abah tidak mahu anaknya
berada di belakang kejayaan,abah tidak mahu anak-anaknya gagal dalam
hidup kerana abah.Walaupun,niat anak-anak abah sememangnya
murni hendak membantu abah.Abah memeluk Dahlan dengan penuh rasa
bersalah kerana telah meninggikan suara.Sepatutnya kami yang berasa
bersalah abah!Bisik hati kecil Dahlan.Damiyya,Danial dan Durrani hanya
memerhati.Mereka bertiga terlalu kecil dalam memahami erti sebuah
kehidupan.Abah bersuara lembut selepas itu.Mereka anak-beranak
meneruskan suapan yang seterusnya.Suasana sunyi seketika.Mata abah sayup
memandang setiap wajah anak-anak yang menjadi harapan abah.Ketahuilah
anak abah,abah sayangkan semua anak abah.Tak pernah berbelah
bahagi.Biarlah abah susah seketika kerana abah akan nampak kepuasan abah
di masa hadapan.Abah berkata dalam hati.Abah sanggup melakukan apa sahja
demi anak-anak abah.Walau berkorban nyawa sekalipun.

*********************************************

20 tahun kemudian…………..

Nampaknya pengorbanan abah tidak sia-sia.Hari ini,semua hasil titik
peluh abah menampakkan hasil,Anak kembar abah,Danial dan Durrani telah
berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bio-kimia.Abah
tersenyum bangga.Anak sulung abah,Dahlan,sekarang ini adalah seorang
pensyarah dalam bidang sains sosial di sebuah universiti tempatan dan
telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata,Dahlia pula sekarang
ini seorang tentera darat yang berpangkat mejar.Durrah seorang
kakitangan kerajaan kelas A.Manakala Dzul sedang menyambung pelajaran di
Ireland dalam bidang pediatrik di salah sebuah universiti di Ireland dan
akan pulang ke Malaysia sebagai seorang pakar kanak-kanak seketika
pulangnya setelah berjaya mendapat gelaran Doktor Falsafah.Damiyya pula
sekarang sudah menjadi ahli farmasi yang berjaya.Abah menguntum senyum
dalam kegembiraan meraikan kejayaan abah mendidik anak-anak abah yang
seketika dahulu penuh dengan ujian yang akhirnya menampakkan hasil
seperti sekarang.Setelah dua puluh tahun abah,dan kini abah telah
menjangkau usia 60-an,abah masih menganggap yang usaha abah tidaklah
sebesar mana.Abah selalu berterima kasih kepada anak-anak abah kerana
bersusah payah dalam mencapai kejayaan,sepatutnya kami yang berterima
kasih kepada abah kerana telah mengizinkan kami untuk menyambung
pelajaran dan sanggup berkorban tenaga dan mengerah keringat demi
memastikan kami berjaya, abah.Kami akan mengotakan janji kami,abah.Kami
akan menjaga abah dalam abah yang sedang meniti hari tua abah.Kami akan
berikan seberapa kasih sayang dan kebahagian yang pantas abah perolehi
daripada kami yang pada mulanya berpayungkan abah.Kami berjanji
abah.Sekiranya kami mungkir,memang patutlah kami berdosa sepanjang hayat
sehingga kealam akhirat,abah!

***********************************

"Abah,tak payahlah kayuh beca lagi.Abah tinggallah dengan kami.Abah
boleh pilih dengan siapa abah nak tinggal.Kami adik beradik sepakat nak
jaga abah.Kami tak mampu membalas jasa abah."Dahlan menyatakan
cadangannya kepada abah.Semua anak-anak abah menanti keputusan abah
dengan tidak sabar-sabar.Mereka tidak mahu abah bersusah payah mengayuh
beca lagi dan tinggal di dalam rumah yang tidak seberapa
ini.Sepatutnya,di usia emas abah ini,abah sudah merasai semua ksenangan
dari kesusahan yang abah tanggung selama ini.Abah tergelak kecil.
"Hmm…abah bukannya tak mahu tinggal dengan anak-anak abah.Cuma biarlah
abah di sini sahaja.Abah sayangkan pekerjaan abah sebagai penarik
beca.Lagipun sudah tiga puluh tahun abah melakukan pekerjaan ini.Tidak
mungkin abah nak berhenti begitu sahaja.Menarik beca sudah sebati dengan
diri abah.Lagipun,kerja inilah yang banyak membuatkan abah belajar
ertinya sebuah kehidupan.Melalui hasil dari kerja ini jugalah,abah
berjaya memberi makan anak-anak abah.Kamu semua pulanglah.nikmatilah
kejayaan anak-anak abah sepuasnya kerana anak-anak abah telah
bersusah-payah untuk merasai kesenangan seperti sekarang ini."Abah
menyatakan ketidak setujuannya dengan panjang lebar.Air muka anak-anak
abah berubah seraya kecewa dengan keputusan abah.
"Tapi bah,tak ade siapa yang jaga abah kat sini.kami tak mahu jadi anak
derhaka,abah."Dahlan mula risau akan siapa yang mahu menjaga abahnya
yang semakin dimamah usia itu.
"Kamu semua jangan risau.Abah pandailah jaga diri abah.Lagipun,kita
banyak jiran kat sini.Jangan risau."
"Tapi,bah…"
"Dahlan,biarlah abah tinggal di sini.Abah mahu habiskan sisa-sisa hidup
abah di sini!"Abah memang pantang dibangkang keputusannya.Sekali abah
menunggikan suaranya yang serak akibat usianya yang sudah bertambah
itu.Anak-anak abah tidak mampu berkata apa lagi.Kalau putih,putihlah
kata abah.
"Tapi bah,sekurang-kuranya bagilah kami peluang walaupun sedikit.Kami
nak baiki rumah ni."
"Itu terpulang pada kamu semua,anak-anak abah.Abah tidak pernah
mengharap."Abah mula menurunkan sedikit suaranya.Anak-anak abah diam
seribu bahasa.Tidak tahu bagaimana harus memujuk abah mereka itu lagi.

******************************

Pagi itu,anak-anak abah berkumpul di rumah anak abah,Dahlia.Anak-anak
abah mahu pulang ke kampung hendak menjenguk abah.Apa khabar abah di
sana?Semoga abah sihat sentiasa.Anak-anak abah pulang ke kampung dengan
menaiki sebuah van.Tidak usah banyak-banyak kenderaan kerana kawasan
rumah abah terletak dalam kawasan kampung.
Seketika dalam perjalanan,anak-anak abah sudah tidak sabar hendak
berjumpa dan memeluk abah yang banyak berjasa kepada mereka
itu.Sesekali,keletah cucu-cucu abah,anaknya Dahlan,Delia dan Danish
memecah kesunyian di dalam van itu yang masing-masing sedang melayani
fikiran masing-masing.Satu jam setengah kemudian,sampailah anak-anak
abah di negeri Melaka yang penuh dengan sejarah ini.Anak abah,Dzul,yang
pulang seketika ke Malaysia kerana cuti semester sudah tidak sabar-sabar
hendak berjumpa abah kerana hendak meminta doa dan restu abah supaya
anak abah yang seorang ini berjaya dalam mengejar impiannya sebagai
seorang doktor pakar.Kelihatan sebuah van merah yang dipandu oleh anak
abah,Danial memasuki perkarangan rumah abah.Beca abah yang sudah tua itu
kelihatan terletak di hadapan rumah.Pintu rumah abah tertutup
rapat,tetapi tidak berkunci.Anak-anak abah memberi salam namun tiada
sebarng jawapan,lalu memasuki rumah tua abah yang baru dibaiki sebulan
lalu itu.Cucu-cucu abah,Delia dan Danish berlari masuk.Seketika kemudian
Delia dan Danish mendapatkan papa meraka,
"Papa,Atuk tengah solat."Si comel Danish bersuara.
Anak-anak papa Dahlan,Dahlia,Durrah,Dzul,Damiyya,Danial dan Durrani
memasuki bilik abah kerana hendak menjenguk abah yang sedang
solat.Alangkah terkejutnya mereka apabila abah masih sujud begitu
lamanya dan seketika cucu abah Delia,mengusik bahu abah yang bersujud
itu,abah jatuh rebah.Abah kaku.Esak-tangisan anak-anak abah mula
kedengaran.Selamat tinggal abah!

~TamaT~
~Hasil nukilaN~
~Shakira JoharI~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net