Saturday, December 25, 2010

Jangan membasir masa


Jangan buang masa dengan:

1. Membazir berjam-jam sehari di Facebook tanpa sebarang matlamat.

2. Berlegar-legar tanpa tentu arah di forum komuniti, berdebat, mengumpat dan memfitnah di sana. Termasuklah membuka ‘thread’ perbincangan yang membuang masa tanpa sebarang objektif yang berpijak pada bumi nyata.

3. Mengkritik orang lain. Kritik dan muhasabah dahulu diri sendiri. Apabila kita betul, orang lain akan jadikan kita sebagai teladan dan contoh.

4. Bersaing dengan menjatuhkan orang lain. Berapa banyak masa untuk kerja jahat ini?

5. Kerap membuka emel tanpa arah tujuan. Mengikut kajian, emel adalah salah satu sebab kebanyakan manusia tidak produktif.

6. Dengkikan usaha orang lain. Tidak perlu membazir masa untuk ini. Mereka berjaya sebab mereka kuat berusaha tanpa mengenal putus-asa dan takut. Kalau mahu berjaya seperti mereka, kenalah tambah usaha.

7. Berdebat. Jalan terbaik adalah tidak pedulikan kritikan orang lain. Tidak perlu berdebat. Rasulullah SAW berkata, sesiapa yang meninggalkan debat walaupun dirinya betul, akan dijamin sebuah rumah di syurga kelak. Maksudnya, orang yang meninggalkan debat adalah orang yang mulia dan terbaik.

8. Bercakap kosong. Jadilah ‘usahawan tin berisi’ yang sedikit cakapnya, tetapi banyak hasilnya. Elakkan menjadi ‘usahawan tin kosong’ yang kuat bunyinya, tetapi tiada apa-apa di dalamnya.

9. Bermain-main dengan idea yang belum pasti. Siapkan dahulu kerja dan projek yang sedia ada. Fokus dan buat sampai siap. Idea lain, biarkan dahulu.

10. Buat cara pemasaran yang tidak efektif. Masa adalah amat berharga, jadi utamakan teknik yang terbukti berkesan.

11. Jangan buang masa dengan terlalu banyak membaca dan belajar. Perlu seimbangkan dengan tindakan juga. Membaca sahaja tidak cukup, tindakan perlu diambil agar ilmu itu bermanfaat.

12. Terlalu risau tentang hidup, pekerjaan dan usaha perniagaan. Tenangkanlah diri. Jika kita benar-benar beriman kepada ALLAH, kita tidak perlu gusar kerana kita yakin ALLAH Maha Adil dan Bijaksana di dalam menentukan yang terbaik buat kita. Tetapi kita juga perlu berusaha sebaik mungkin.

Mari kita mengisi masa dengan:

1. Fokus pada kerja kita sahaja. Kata orang putih, “stick to it”. Buat sampai siap, buat sampai dapat.

2. Menulis. Orang-orang soleh dahulu kala suka mengisi masa mereka dengan menulis. Bermanfaat untuk mereka dan bermanfaat untuk orang lain. Sebab itu orang dahulu banyak menulis buku (kitab) kerana mereka banyak mengisi masa dengan belajar dan menulis.

Orang zaman sekarang bagaimana pula? Shopping, wayang, lepak, sesi teh tarik (ngeteh), sesi mengumpat, borak kosong, Game, DVD/VCD, konsert hiburan dan macam-macam lagi.

3. Membaca dan belajar. Orang dahulu juga amat ‘gilakan’ buku. Hidup mereka sentiasa bersama dengan buku.

4. Bagi orang Islam, selain solat fardhu, ada juga amalan sunat seperti baca Quran, berzikir, solat sunat dan lain-lain lagi amalan khusus.

5. Mengajar (berkongsi ilmu). Kalau anda ada ilmu dan pengalaman, boleh buat ceramah, kelas atau kursus. Tidak perlu tunggu jadi otai atau pakar. Pastikan anda faham dan ilmu itu bermanfaat.

6. Mengisi masa bersama keluarga. Isteri, anak-anak, ibu bapa dan lain-lain. Termasuklah menziarahi sanak saudara jika asa masa terluang.

7. Bersenam atau beriadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

8. Menyertai atau menganjurkan program-program komuniti yang bermanfaat.

9. Buat duit di Internet. Daripada bercakap kosong buang masa, baik buat duit dari RM200-RM500 sebulan yang boleh digunakan untuk bayar bil dan belanja tertentu. Ada banyak cara buat duit di internet seperti affiliate program dan dengan menjual ebook.

10. Dan banyak lagi bentuk pengisian berfaedah… Tentukan yang sesuai dan perlu untuk diri sendiri. Lain orang lain keadaan. Yang di atas hanya contoh sahaja. Pastikan tidak terlalu banyak. Buat senarai pendek dan fokus pada pengisian tersebut secara konsisten.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net