Sunday, January 9, 2011

Cerpen : Abadi Selamanya


Cerpen : Abadi Selamanya
sumber dan penulis :unknown

Lisa adalah gadis yang berumur 22 tahun. Lisa mempunyai rupa paras yang
amat cantik dan digilai oleh ramai lelaki. Tetapi Lisa masih belum
mempunyai kekasih hati kerana hatinya masih belum mahu menerima insan
yang bernama lelaki dalam hidupnya. Ini gara-gara dia hampir menjadi
mangsa kerakusan nafsu abangnya sendiri. Nasib baik bapanya sempat
menyelamatkan keadaan. Jika tidak, sudah pasti Lisa akan kehilangan
permata yang berharga. Lisa termenung di depan komputernya. Walaupun bos
nya lalu, dia tidak perasan. Entah apa yang bermain dalam fikiran gadis itu.

"Woi Lisa..menung nampak..Pikir buah hati ke? Tak cakap pun kat aku yang
ko dah ade boyfriend. Ni yang aku nak majuk ni..hehe",Nia adalah kawan
sepejabat Lisa yang paling rapat dengannya selalu mengusik Lisa.
"Erm..ko ni. Sebelum sergah, boleh tak bagi salam dulu. Pela…aku mane
ade boyfriend la..Saje je menung-menung kosong.. Ne de pikir pape
pun.Lain la ko tu..dah ade tunang. Lagi 5 bulan dah nak kahwin. Ko bukan
nak cari sorang untuk aku. Ape punye member la ko ni Nia",Lisa
menggeleng kepala melihat Nia.
"Eh..aku dah bagi macam-macam calon kat ko tau tapi ko yang taknak.
Memilih sesangat. Ha..Kimi yang minat kat ko tu, ko taknak jugak.
Padahal, dia keje satu tempat dengan kite. Berpangkat pulak tu",Nia
bermain-main dengan pen Lisa.
"Kimi??Ko ni..agak-agak la..dia tu kan baru je kahwin. Takkan aku rela
jadi bini no.2 dia kot..Please la…not my taste…",Lisa merampas pen dari
tangan Nia.
"Hahaha..aku gurau jelah..Takpe..nanti aku carikan untuk ko k? Tapi
jangan memilih sangat pulak.Janji???",Nia merenung muka Lisa yang tak
bersemangat.
"Ye.. aku janji. Tapi carila yang senonoh sikit. Taknak la macam hari
tu. Merokok 24 jam. Bau badan pun dah melekat ngan asap rokok
tu..Eee..geli aku. Kalau dah kahwin, nak cium pun aku tak sanggup
tau",Lisa membuat muka geli.
"Hahahahaha…ade-ade jelah ko ni Lisa. Oklah..aku nak sambung buat keje.
Ko pun buat keje tu. Jangan dok melangot je sorang-sorang. Nanti ape pun
tak jalan. Balik keje ni aku tumpang ko ek? Tunang aku outstation
la..Ok..cau",Nia berlalu dari meja Lisa.

***

Beberapa minggu kemudian…

"Lisa, aku ade khabar gembira untuk ko ni. Mesti ko suke punye la",Nia
tersengih macam kerang busuk kat depan Lisa.
"Hm..berita gembira ape lagi yang ko nak sampaikan kat aku ni? Mesti
berita bukan-bukan kan??", Lisa tidak merenung muka Nia. Dia sudah lali
dengan perangai Nia.
"Sepupu aku yang Faris tu baru je balik dari luar Negara. Dia cakap
dekat aku, dia nak jumpe ko",Nia menarik kerusi Lisa.
"Woi..janganlah tarik kerusi aku macam tu je..Nasib baik aku tak
tersungkur. Sepupu ko? Faris? Aku tak kenal la..macam mana dia kenal aku?".
"La..ko tak ingat ke mase kenduri aku bertunang dulu, dia ade. Ko ade
terserempak dengan dia. Ko yang jatuhkan air kat baju dia..Takkan dah
lupe kot..Mamat hensem tu",Nia merenung wajah Lisa yang ‘blur’.
"Oh..mamat tu ke? Alamak..dia ingat lagi kat aku?Malu gila aku time tu
beb!! Nape pulak dia nak jumpe aku?".
"Itu aku tak tahu. Mungkin dia nak balas dendam kot..hehe..Anyway, ni
dia suruh aku bagi no.telefon dia kat ko. Dia nak ko meseg or telefon
dia malam ni jugak tau. Dia kate penting",Nia menghulurkan sehelai
kertas kepada Lisa.
"Em..thanks..nanti aku meseg la dia malam ni",Lisa mengambil kertas
tersebut.
"Good luck for your new love..hehe..aku nak sambung buat keje..bye",Nia
meninggalkan Lisa yang masih lagi memikirkan motif Faris mahu berjumpanya.

***

Selesai solat isyak, Lisa baring di atas katil bujangnya. Kertas yang
mempunyai no.telefon Faris berada di tangan Lisa. Lisa mengumpul
kekuatan untuk terus menelefon Faris daripada memberi meseg. Tangan
halus Lisa mendail no.telefon itu. Hatinya berdebar-debar apabila
menunggu Faris menjawab panggilan telefon. Panggilannya dijawab.

+ "Hello.. assalammualaikum..Ni Faris ke?",Lisa cuba menyusun ayat untuk
bercakap. Hatinya masih lagi resah.
+ "Waalaikummusalam..ye..saya Faris. Ni mesti Lisa kan??".
+ "Macam mana awak tahu saya Lisa? Awak memang dah ade no.telefon saya
ke?",Lisa terkejut apabila Faris tahu dia yang menelefon Faris.
+ "Tadi Nia ade bagitahu saya yang awak nak meseg saya malam ni. Tapi,
tibe-tibe je awak telefon. Saye agak je awak yang telefon. Tup..tup
betul la pulak..",Faris ketawa di hujung talian.
+ "Hm..boleh saye tahu kenape awak nak jumpe saye and kenape suruh saye
call awak?? Ade benda nak bincang ke? Atau awak nak balas dendam atas
kejadian dulu?",Lisa memeluk bantal peluknya.
+ "Saje je..nak kenal-kenal dengan awak. Takde niat pun nak balas dendam
tau..Boleh tak saye nak jumpe awak esok? Esok kan awak cuti. Nia keluar
dengan tunang dia. Kite keluar la berdua pulak. Jeles la tengok diorang
tu",Faris cuba menghiburkan hati Lisa.
+ "Eleh..makwe awak tahu, mati awak dia kerjakan tau? Tak takut ke?".
+ "Mane ade makwe lagila..Bukan awak ke makwe saye?Hehe..",Faris ketawa
lagi.
+ "Hahaha…ni first time kita bersembang tau. Tibe-tibe pulak jadikan
saye status makwe awak.. Tak malu ke?Hehehe",Lisa ketawa dengan telatah
Faris. Dia sudah dapat biasekan diri bersembang dengan Faris.
+ "Nak malu buat ape..eh..oklah Lisa.Saye ade keje sikit nak buat ni.
Esok kita jumpe k? Jangan tak jadi pulak. Kite jumpe dekat Restoran
Damai Sutera pukul 5.00 petang esok ye? Bye Lisa…Good
night..Assalammualaikum".
+ "Waalaikummusalam Faris",Lisa meletakkan telefon. "Apelah si Faris
ni..aku tak cakap pun nak jumpe dia ke tak. Sesuka hati dia je aturkan
pertemuan ni. Ah..lantak kau la Faris", Lisa bermonolog sendirian.

***

Faris menunggu Lisa dihadapan restoran yang dijanjikan semalam. Jam
menunjukkan pukul 5.30 petang. Lisa lewat setengah jam. Faris masih lagi
setia menunggu kerana dia yakin yang Lisa akan datang menemuinya hari
itu. Lisa menepuk bahu Faris. Faris menoleh ke belakang. Lisa berdiri di
belakang Faris. Faris tersenyum melihat Lisa. Wajah yang Faris tidak
akan lupakan sepanjang hayatnya. Pertama kali melihat Lisa pada hari
pertunangan Nia telah membuatkan hatinya terpaut pada gadis di
hadapannya itu.

"Alo..nape sengih tiba-tiba ni?Ade yang tak kena ke kat muka Lisa
ni?",Lisa meraba-raba mukanya. Dia bimbang jikalau ade yang tak kena
pada mekapnya.
"Eh..taklah..cume terpaku melihat kecantikan Lisa..Itu je",Faris masih
lagi tersenyum.
"Merepek jelah awak ni Faris. Eh..Faris belanja Lisa makan kan hari ni?".
"Yelah..Faris lah belanja sebab Faris yang ajak Lisa keluar. Lisa,Lisa
boleh ingat lagi muka ni yang Lisa dah tumpahkan air kat bajunya dulu
ye?Faris ingatkan Lisa tak boleh cam Faris tadi",Faris mempelawa Lisa
masuk ke dalam restoran tersebut.
"Mane ade Lisa ingat muka Faris tu. Cuma malam tadi Lisa mintak Nia send
gambar Faris dekat Lisa. Tu yang Lisa cam Faris tadi..hehe",Lisa sibuk
memilih makanan untuk mengisi perutnya yang sedang berkeroncong.
"Oh..Lisa dah ade gambar Faris ek?Tak aci la macam ni. Tengok sini.
Faris nak tangkap gambar Lisa satu", Faris mengeluarkan henset dari
poketnya.
"Taknak la Faris", Lisa menutup mukanya dengan buku menu makanan
restoran tersebut.
"Em..takpelah kalau Lisa taknak. Order la apa yang Lisa nak makan.
Jangan malu-malu k? Faris tak suka perempuan yang cover kalau makan.
Makan je..Jangan malu-malu dengan Faris. Faris sporting k?",Faris
memanggil waiter.

***

Sudah setahun Lisa dan Faris kenal. Sekarang ni mereka sudah pun
bergelar sepasang kekasih apabila Lisa menerima lamaran Faris untuk
menjadi kekasih hati Faris 8 bulan yang lalu. Nia pula sudah pun menjadi
isteri orang 7 bulan yang lalu. Faris dan Lisa selalu menghabiskan masa
bersama-sama. Lisa selalu menemani Faris bermain futsal pada waktu
malam. Faris pula setiap hari menghantar dan mengambil Lisa dari tempat
kerja. Percintaan mereka memang indah. Mereka tidak pernah sekali pun
bergaduh. Ini membuatkan hubungan mereka makin erat. Faris bersyukur
kerana dipertemukan dengan gadis yang amat memahami dirinya. Tidak
sedikit pun Lisa memarahi Faris walaupun Faris pernah melukakan hati
Lisa. Faris sudah nekad di dalam hatinya yang dia mahu memperisterikan
Lisa. Faris bergegas keluar dari rumah apabila Lisa menyatakan mahu
berjumpa dengan Faris. Ada perkara penting yang Lisa ingin beritahu
kepada Faris. Sampai di tasik yang indah itu, Faris dapat melihat Lisa
duduk sambil merenung tasik yang damai itu. Faris datang dan duduk di
sebelah Lisa. Tangannya menggenggam erat tangan Lisa.

"Ada apa yang sayang nak cakap dengan abang?Hal penting ke?",Faris
merenung wajah Lisa yang agak sugul.
"Penting sangat abang. Harap abang jangan terkejut dan terima dengan
tabah k?",Lisa membalas pegangan tangan Faris.
"Ape dia sayang? Janganlah buat abang risau. Sayang nak tinggalkan abang
ke?",Faris mengangkat dagu Lisa.
"Sayang taknak tinggalkan abang tapi sayang terpaksa tinggalkan
abang",airmata Lisa mula mengalir.
"Sayang..ape yang sayang merepek ni? Kenapa pulak sayang terpaksa
tinggalkan abang? Ape salah abang pada sayang? Abang tak mampu buat
sayang bahagia ke?",Faris mengelap airmata Lisa yang mengalir di pipinya.
"Tak, abang. Abang memang membahagiakan hidup sayang dari mula kita
jumpa. Cuma sayang terpaksa kahwin dengan pilihan orang tua sayang. Mak
dan ayah sayang sudah menerima lamaran anak kawan mereka. Sayang sudah
menolak tetapi mak dan ayah sayang sudah menetapkan tarikh kami
berkahwin tanpa berbincang dengan sayang dahulu. Mereka ingatkan sayang
masih tidak mempunyai kekasih. Silap sayang tidak memberitahu mereka
tentang hubungan kita. Maafkan sayang",Lisa menangis di bahu Faris.
"Takpelah sayang. Abang faham. Mungkin kita ni takde jodoh. Sayang tak
salah sikit pun. Jangan risau k? Abang tak marahkan sayang pun.Abang
tahu sayang belum bersedia memberitahu keluarga sayang tentang hubungan
kita. Janganlah nangis sayang. Kalau benar sayang ni dijadikan dari
tulang rusuk abang, kita akan bersatu jugak. Percaya pada takdir dan
jodoh yang Allah berikan pada kita. Mungkin dia adalah yang terbaik dari
abang,"Faris meredakan tangisan Lisa.
"Abang, sayang akan berkahwin 3 bulan lagi. Sayang akan jadi milik orang
lain. Sayang tak boleh jumpa abang dah lepas ni. Mungkin ni pertemuan
terakhir kita. Sayang akan sentiasa menyayangi abang dan merindui abang.
Abang, walau apapun yang terjadi, sayang sentiasa sayangkan abang.
Sayang takkan padamkan kenangan kita bersama. Abang, sayang kena balik.
Mak sayang tak bagi sayang keluar lama-lama kerana sekarang sayang sudah
jadi tunang orang",Lisa merenung mata Faris. Lisa dapat melihat mata
Faris digenangi air. Faris menahan airmata itu tumpah di depan Lisa.
"Ye sayang. Abang pun akan sentiasa sayangkan sayang. Selamat tinggal
Nur Melissa Qistina. Terima kasih di atas cinta sayang pada abang. Abang
takkan lupakannya",Faris bangun dan berlalu meninggalkan Lisa. Lisa
hanya menyaksikan insan kesayangannya pergi. Itulah pertemuan mereka
yang terakhir. Lisa tak henti-henti menangis kehilangan Faris.

***

Hari itu merupakan hari pernikahan Lisa dengan jejaka pilihan
keluarganya. Mohd Nizam Zaidi akan menjadi pasangan hidup Lisa.
Menggantikan Faris yang sememangnya masih Lisa cintai. Sanak saudara,
ahli keluarga dan rakan-rakan telah memenuhi rumah Lisa. Akad nikah akan
dijalankan di rumahnya sebentar sahaja lagi. Hati Lisa dirundung resah
kerana dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang dia tidak pernah kenal
hati budinya. Faris tahu itu merupakan hari bersejarah dalam hidup Lisa.
Dia tidak mahu menyaksikan kekasihnya menjadi milik orang lain. Faris
nekad mahu ke luar Negara dan menjauhkan diri dari segala kenangan
bersama Lisa. Dia tidak mahu menaruh harapan untuk memperisterikan Lisa
kerana Lisa akan menjadi milik orang.

Faris membawa diri ke Negara orang. Dia berjanji tidak akan menjejakkan
kaki di Malaysia untuk tempoh beberapa tahun. Sudah puas Nia memujuk
Faris tetapi pujukan sepupunya itu tidak diendahkan. Nia tahu hati Faris
sudah hancur. Dan dia juga tahu betapa Faris menyayangi Lisa. Faris
berlalu meninggalkan Nia dan Faris hilang di balik orang yang ramai di
KLIA itu. Faris sudah pergi. Pergi bersama hati yang lara dan kenangan
bersama Lisa.

***

Sudah 3 tahun Faris meninggalkan Malaysia. Tanah tumpah darahnya. Hari
ini dia pulang semula ke Negara asalnya. Faris sudah tidak sabar
berjumpa dengan ahli keluarganya dan berjumpa dengan Lisa. Faris tahu
Lisa sekarang sudah pasti bergelar seorang ibu. Hati Faris masih lagi
kuat mencintai Lisa. Faris berlalu meninggalkan KLIA dan menuju ke rumah
keluarganya. Di rumahnya, keluarga Faris terkejut apabila Faris
tiba-tiba muncul dimuka pintu. Nia turut berada di rumah tersebut. Nia
datang menemui Faris.

"Hai orang jauh.. Balik jugak ko ye? Aku ingatkan, dah tak ingat
Malaysia."Nia memerli Faris.
"Mane boleh aku lupa kat tempat aku dilahirkan ni. Suami ko mane?",Faris
meletakkan begnya di atas sofa.
"Suami aku outstation la wei. Esok baru dia balik",Nia melabuhkan
punggungnya di atas sofa. Faris duduk di sebelah Nia. Mata Faris terpaku
melihat seseorang. Seseorang yang sangat dicintainya, Lisa, berdiri di
hadapan tangga. Lisa sedang mendukung seorang bayi. Faris dapat mengagak
itu adalah anak Lisa. Lisa tersenyum manis pada Faris.
"Ha..Lisa..duduklah sini. Buah hati ko dah balik ni. Thanks tolong
jagakan anak aku tadi", Nia mengambil bayi yang didukung oleh Lisa.
"Same-same..hal kecik je tu.. Hai Faris. Dah lame tak jumpe awak. Sihat
ke? Macam mane merantau kat Negara orang?",Lisa merenung muka Faris yang
keliru.
"Sihat je..takde yang best pun kat sane tu. Lisa, mane suami awak? Nak
jugak saye kenal-kenal. Mane tahu boleh jadi member ke,".
"Mase saye nikah hari tu, taknak datang. Sekarang sibuk nak jumpe
pulak", Lisa mencium pipi anak Nia.
"Ala..itu dulu. Sekarang lain la Lisa..",Faris memandang wajah yang amat
dirinduinya itu.
"Itulah ko..main blah macam tu je. Lisa mane kahwin lagi. Dia setia
menunggu ko tau",Nia tiba-tiba mencelah.
"Ha??Betul ke ni Lisa? Ko tipu aku kan, Nia?",Faris terperanjat.
"Betul apa yang Nia cakap tu. Saye tak jadi kahwin hari tu. Nia telefon
saye dan memberitahu saye yang awak nak berlepas pergi ke luar Negara.
Terus saya keluar dan menaiki kereta pergi ke KLIA. Saye nak menghalang
awak dari pergi tapi saye terlambat. Awak dah pun menaiki kapal terbang
mase tu. Saye menangis sebab tidak sempat menghalang awak pergi. Lepas
tu, saye balik semula ke rumah. Family saye memarahi saye sebab
meninggalkan majlis begitu sahaja. Saye pun memberitahu family saye yang
saye taknak kahwin dan saye batalkan majlis akad nikah tu. Sebab, saye
teramat cintakan awak Faris",Lisa memandang wajah Faris. Faris bangun
lalu duduk di sebelah Lisa.
"Saye pun cintakan awak Lisa. Saye takkan biarkan awak terlepas dari
genggaman saye lagi. Saye akan kahwin dengan awak secepat yang mungkin.
Saye taknak kehilangan awak lagi, sayang", Faris menggenggam tangan Lisa.

***

Lisa memandang keindahan pantai di tepi chalet sewaannya. Lisa tenang
menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Faris
menghampiri Lisa. Faris memeluk Lisa dari belakang. Faris merangkul
manja tubuh Lisa dalam pelukannya. Lisa hanya tersenyum manja disisi
Faris. Mereka sudah pun bergelar suami isteri 3 hari yang lalu. Mereka
sedang menikmati keindahan bulan madu bersama.

"Sayang lihat ape kat laut tu? Bukan ade abang pun kat laut tu",Faris
mencium pipi Lisa berkali-kali.
"Saje lihat keindahan alam ni, abang. Indahnya alam ciptaan Allah
kan?",Lisa menggenggam erat tangan suaminya itu.
"Ye sayang.. memang indah. Seindah manusia yang dicipta Nya..seperti
sayang ni. Cantik sangat. Tak jemu abang menatap wajah sayang",Faris
menarik tangan Lisa duduk di ribanya.
"Thanks atas pujian tu abang. Sememangnya sayang diciptakan Allah dari
tulang rusuk abang. Semoga kita kekal selamanya, abang. Jangan
tinggalkan sayang tau",Lisa memeluk leher Faris.
"Abang janji takkan tinggalkan sayang. Sayang, cepat pregnant ye? Abang
tak sabar nak menimang cahaya mata ni. Nak tengok rupa anak abang. Mesti
comel dan cantik macam sayang kan?",Faris merangkul tubuh Lisa.

Lisa amat bersyukur disatukan dengan Faris. Dia tidak mahu kehilangan
Faris lagi. Biarlah cinta dan kasih sayang mereka berdua ‘ABADI SELAMANYA’….

###TAMAT###


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net