Sunday, January 2, 2011

fikir kan lah


Orang yang suka mencemuh kejayaan orang lain ialah orang yang kecewa dan iri hati dengan kejayaan orang lain. Persoalannya kenapa cemburu dan sakit hati bila melihat orang lain senang lenang hasil usaha titik peluh sendiri? Kenapa harus menyimpan perasaan sedemikian? Kenapa tidak melihat dari sudut pandangan yang berbeza? Jika dia boleh berjaya aku juga mampu berjaya, malah lebih tinggi dan lebih baik dari itu. Nah, itu baru sifat seorang usahawan yang tulen. Melihat kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat serta pendorong untuk dia bekerja lebih keras demi mencapai matlamat diri. Usahawan yang sebenar tidak akan kecewa dan bersedih bila orang lain terlebih dahulu maju ke hadapan darinya. Mereka akan mengambil iktibar, belajar dan berusaha untuk melayakkan diri berdiri sama tinggi dengan orang yang sudah mengecapi kejayaan. Biasanya orang yang sudah berjaya tidak lokek ilmu, mereka dengan senang hati berkongsi pengalaman dan selok belok perniagaan sehingga membawa mereka ke mercu kejayaan. Bagi orang yang berjaya, mereka harus berkongsi ilmu sebegitu supaya rezeki mereka lebih murah. Jadi bila bertemu rakan yang sudah berjaya, ucaplah tahniah kepada mereka, katakan anda cukup berbangga dengan kejayaan yang telah diraih mereka dan kalau boleh anda juga mahu mengikut jejak langkah mereka. Tidak salah jika anda berguru kepada yang sudah berpengalaman. Kerana ini juga merupakan satu langkah memantapkan diri sebagai usahawan yang berjaya. Jangan pula anda mengkritik kawan anda kerana kejayaannya itu. Dari niatnya untuk membantu mungkin terbantut malah menjauhkan diri pula dari anda. Alangkah ruginya anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net