Tuesday, January 11, 2011

Kenapa mesti ada blog


 sumber :http://mysuperkids.net/20-sebab-kenapa-tulis-blog/

1. Untuk mengabadikan kenangan

memori blog
Ramai yang tulis blog untuk abadikan kenangan… Maklumlah kalau simpan dalam diari, mau berlambak2 diarinya. Kalau dalam album, mungkin boleh hilang atau rosak. Jadi tulis blog saja, lagi 10-20 tahun boleh baca dan tengok semula kenangan2 lama.

2. Untuk mengisi masa lapang

isi masa lapang
Ada orang tak tau apa nak buat bila ada masa lapang. Jadi dah ada komputer, internet semua ni, tulis lah apa yang patut dalam online jurnal atau blog ni kan. Ada jugala faedahnya daripada mengelamun tak tentu hala.

3. Untuk berkongsi ilmu

kongsi ilmu
Ada orang yang banyak ilmu pengetahuan, rugi kalau tak dikongsi dengan orang lain. Salah satu cara paling mudah ialah melalui penulisan blog. Bila tulis blog, ada orang komen, dapat juga mencambahkan ilmu yang ada. Maklumlah dalam blog biasanya ada perbincangan dua hala (melainkan kalau pemilik blog disable-kan komen dalam blognya).

4. Untuk meluahkan perasaan

meluah perasaanhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8198327201897561158
Ada yang tak boleh nak simpan perasaan sorang-sorang, ataupun tak ada kawan rapat yang boleh berkongsi perasaan secara personal, jadi dia lebih senang tulis tentang perasaannya dalam blog.

5. Untuk melepaskan geram

lepas geram
Selain dari meluahkan perasaan, ada yang tulis blog sebab nak melepaskan geram. Samada geram pada member, boss, penjual sayur, kerajaan, Obama atau sesiapa saja. Bila tulis dalam blog, fikiran akan rasa lega.

6. Untuk mencari kawan baru/networking

kawan baru networking
Dunia blog tanpa sempadan ni boleh membuatkan kita bebas berkenalan dengan sesiapa sahaja. Ramai blogger yang jadikan blog sebagai platform untuk mecari kawan baru dan juga untuk networking.

7. Populariti

popular
Blog untuk jadi popular? Tak mustahil. Dunia blog umpama dunia yang sebenar secara maya/cyber. Ada selebriti blogger, ada blogger biasa, ada blogger picisan, ada blogger yang melukut di tepi gantang. Ramai orang dah jadi popular kerana blog.

8. Buat duit dengan menulis blog

buat duit dengan blog
Blog memang boleh menjana pendapatan. Malah ada yang jadi fulltime blogger yang 100% pendapatan dari hasil blog. Tapi di Malaysia mungkin benda ni masih baru. Masih ramai yang belum boleh terima konsep buat duit dengan menulis blog.

9. Untuk jual barang

online store
Selain dari menulis blog untuk menjana pendapatan, ramai yang membuka kedai online untuk menjual produk2 fizikal melalui blog. Membuka kedai online atau blog shop sebegini lebih mudah, murah dan berkesan.

10. Untuk berhubung dengan anggota keluarga

keluarga
Sekarang ni, kebanyakan keluarga dah tak duduk rumah dekat-dekat dah. Ada yang di seberang laut, Sabah, Sarawak malah luar negara. Cara paling mudah dan murah untuk kekal berhubung dan keep on updated (selain Social Networking) adalah dengan blog.
Nenek yang berada di Kampung Bukit Keluang boleh melihat cucunya yang berada di London dengan hanya klik ke blog kepunyaan anak perempuannya saja.

11. Untuk menyebarkan informasi, berita, gossip, etc.

gossip
Sekarang orang lagi suka baca ulasan penulis blog daripada ulasan wartawan suratkhabar. Mungkin penulis blog lebih panjang ulasannya dan siap ada fakta (atau auta?) yang nampak logik.
Mesyuarat tingkap makcik2 pun dah mula beralih ke mesyuarat blog :)

12. Untuk mencatat perkembangan sesuatu, misalnya anak, pelajaran, karier, etc.

progress
Perkembangan seorang anak, perjalanan menuju kejayaan,… adalah agak rugi jika dibiar tanpa sebarang catatan. Seronok bila kita mencatat progress2 tersebut dan berkongsi dengan orang lain.

13. Untuk mengasah bakat mengarang

mengarang
Selain blogger yang menulis 2-3 patah ayat, blog boleh menjadi medan untuk mengasah bakat mengarang dan teknik-teknik karangan yang bermutu. Karangan bermutu tidak perlu panjang-panjang meleret. Blogger yang mengambil berat soal ini akan mendapati hasil tulisan mereka semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.

14. Untuk mencari pasaran

marketing
Pasaran yang dimaksudkan bukanlah pasaran cari awek atau balak. Ada blogger yang menulis blog untuk membuka ruang bagi dirinya meneroka peluang-peluang yang boleh diceburi pada masa hadapan.

15. Untuk berkongsi/mempromosikan kepakaran

diver
Ada orang yang suka memasak dan menulis blog masakan. Ada orang suka berkebun, menulis blog tentang gardening. Ada orang suka mengambil gambar dan menulis blog tentang fotografi. Blog-blog niche sebegini mempunyai nilai yang tinggi jika digilap dengan baik.
Contohnya Puan Hanieliza.Famous you!

16. Untuk menyokong perniagaan

harrods
Ada peniaga yang mempunyai kedai yang besar, menulis blog untuk menghubungkan perniagaannya dengan pelanggan. Jadi pelanggan boleh selalu mendapat update daripada kedai tersebut melalui blog itu.
Peniaga2 online juga biasanya mempunyai blog (selain website online store mereka) untuk sentiasa dekat dengan pelanggan.

17. Untuk membuat pengumuman

pengumuman
Ada blogger yang suka menulis pengumuman tentang sesuatu perkara atau event, misalnnya jualan murah, gathering dan sebagainya.

18. Untuk masuk pertandingan

pemenang
Terdapat banyak pertandingan yang dianjurkan oleh blogger, yang memerlukan peserta mempunyai blog. Jadi ada yang membina blog semata-mata untuk masuk pertandingan. Lagi seronok kalau asyik menang je kan.

19. Untuk membina reputasi

reputasi
Seseorang yang ‘hina’ di alam nyata, kadangkala dipandang mulia dan disanjung di alam cyber. Jadi bagi sesetengah orang yang sering dikeji di alam sebenar, berada dalam kedudukan blogger adalah lebih selesa, lebih2 lagi bila ramai penyokong dan peminatnya.

20. Sebagai saham akhirat

saham akhirat
Sama ada saham itu makin menaik atau menjunam, terpulang kepada bagaimana kita mengendalikan blog kita. Bukan saja dari segi tulisan, malah juga peranan blog dalam hidup kita. Jangan sampai jadi hamba blog, sampai 95% hidup kita dipengaruhi oleh blog.
Blog boleh jadi saham yang bagus, sekiranya kita tak pandai nak menyampaikan apa-apa yang baik (‘ballighu anni wa lau ayah’) secara dari mulut ke mulut. Namun ia menjadi saham yang buruk sekiranya menjadi medan untuk kita mengumpat, memfitnah dan mencerca orang lain. Selagi kita tak padam entry tu selagi itu lah benda tu terus berpanjangan.
Untuk yang belum ada blog, boleh consider 20 sebab di atas untuk anda mula membina satu blog anda sendiri. Ada banyak lagi lah sebab lain, kalau nak list sampai lusa pun tak habis.
Ber-blog secara berhemah. Jangan jadi hamba blog. Biar blog jadi hamba kita.
Akhir kata, hentikan kontroversi tingkatkan prestasi, bloggers!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net