Wednesday, January 5, 2011

Pengangguran kenapa ?


1.      Pendahuluan 
Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah: 
a.      Mendefinisikan pengangguran.
b.      Menjelaskan jenis, sebab dan kesan pengangguran.

2.      Definisi pengangguran 
Penduduk dalam sesebuah negara boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu:
i.  tenaga buruh yang berumur 16 – 64 tahun dan sanggup bekerja.
ii. bukan tenaga buruh iaitu berumur kurang 16 tahun atau melebihi 64 tahun,
    termasuk pelajar, surirumah, orang cacat dan sebagainya yang merupakan   
    penduduk yang tidak sanggup bekerja. 
Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada keluaran negara. Oleh itu pengangguran boleh di definisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi sedang giat mencari pekerjaan dalam ekonomi. 

3.      Jenis dan sebab berlakunya pengangguran 
Pengangguran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, 
a.   Pengangguran geseran atau normal.
Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja.
Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan
sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik.  
b.   Pengangguran struktur.
Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran.
      Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya.  
c.   Pengangguran kitaran atau edaran.
Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya kemelesetan teruk dalam permintaan agregat. Pengurangan permintaan agregat ini akan mengurangkan pengeluaran dan seterusnya akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh oleh pengeluar.
      Kemerosotan permintaan agregat yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan berlakunya inflasi akan menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot.  
d.   Pengangguran teknologi.
Pengangguran teknologi berlaku apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan.  
e.   Pengangguran tersembunyi atau tidak ketara.
Pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi. Pengangguran ini kebanyakkannya berlaku dalam sektor pertanian. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan pengeluaran.  
f.   Pengangguran bermusim.
Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim yang menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. Misalnya, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai dan terpaksa tunggu hingga musim menanam semula. Nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. 
g.   Pengangguran sukarela atau terbuka.
Pengangguran ini berlaku apabila tenaga buruh secara sukarela enggan bekerja apabila ditawarkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan tenaga buruh. 
4.      Kesan pengangguran 
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial. 
Kesan pengangguran terhadap ekonomi ialah: 
i.   Mengurangkan keluaran negara.
Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan. 
ii.  Menurunkan taraf hidup.
   Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan
    pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur,
    maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan
    pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah,
    maka taraf hidup penduduk juga akan rendah. 
iii. Mengurangkan pendapatan negara.
     Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau
     keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan
     jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat
     dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara. 
iv. Melambatkan proses pembangunan negara.
    Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat
     menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana
     pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan
     akan melambatkan proses pembangunan negara. 
v. Menambahkan kadar kemiskinan.
    Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan
    dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk
    mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan
    untuk memajukan negara. 

4. Kesan pengangguran terhadap sosial ialah:
i.     Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga.
Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada penceraian. 
ii. Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat.
    Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran,
    maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain
    kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang. 
iii. Masalah tekanan jiwa dan tiada kenyakinan diri.
     Penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa
     yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana
     tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan
     ia sedang menganggur. 



Disusun semula oleh MY PAGE BOOK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My widget | Bookmark | Share

Marketing Blogroll Center

Followers

Blog Archive

 

Copyright 2011 Iban4u My theme by Timberland, J.

hit me

Total Pageviews

Disclaimer

This blog does not host any of the files mentioned on this blog. This blog only points out to various links on the Internet that already exist and some of them are uploaded by other websites or users there. If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me & the content will be removed or modified accordingly.

Visitor

hit counter account login page
Get a free hit counter today!
get this

analyzer

SEO Stats powered by MyPagerank.Net