Selepas mempunyai blog , mulalah menulis.
Gunakan bahasa dan ejaan yang betul, tidak kisah bahasa apa yang anda gunakan sebagai medium perantara antara anda dan pengunjung.
Mana satu katakunci yang anda taip bila mengoogle ?
�sy syg awk� atau �saya sayang awak�
Jika anda menulis diari peribadi dan untuk syok sendiri, tulislah bahasa alien apa pun tetapi sekiranya anda ingin mendapat trafik dari search engine dan mempunyai komuniti yang berkembang, gunalah ejaan yang betul.
Selepas itu daftar blog anda di search engine
1- google - http://www.google.com/addurl/
2- yahoo - https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
3- bing - http://www.bing.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2
Kemudian mulalah melawat jiran tetangga. Jangan terlalu ghairah mengexplorasi diri di setiap blog sehingga anda kelihatan seperti spammer. Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik.
Untuk itu cipta blog yang dapat memenuhi setiap situasi kerana blogger yang ingin kita kenali adalah manusia yang sentiasa alami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan.
Anda kenal blog anda dan pelawat blog sama ada ianya organic traffic atau pun unique visitors? Anda tahu ranking blog anda di alexa.com atau punGoogle PageRank ( PR ) ?
Sebelum melangkah lebih jauh lagi di dalam komuniti, kita perlu kenal contents blog sendiri dan sasaran yang ingin dicapai. Bina blog dengan identiri yang tersendiri. Bila kita dah ada tagline dan mula dikenali di alam cyber, secara tak langsung trafik akan datang. Cuba dapatkan backlink dari blog yang lebih tinggi rankingnya.
Kalau blog anda PR1 dan datang ke blog PR4, minta untuk dilink � itu cara tidak manis. Cara yang lebih berhemah adalah anda link dulu blog tersebut dan hubungi pemilik blog memberitahu anda telah link blog beliau atau kebiasaanya pemilik blog mempunyai sitemeter yang dapat mengesan link yang datang ke blog mereka.
Kita memberi sebelum menerima kerana dia blog yang mempunyai PR lebih tinggi dari blog kita tidak mempunyai apa-apa faedah pun dari link tersebut sedangkan kita yang tidak punya PR mengharapkan dilink oleh mereka supaya PR blog kita juga meningkat.
0 comments:
Post a Comment