Kira bebanan blog anda di sini. Blog di nilai dari segi Size, Load Time dan Avarege Speed per KB. Apa yang perlu anda fokuskan adalah pada saiz kerana nilai terbaik untuk sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb. Bagi Load Time dan Avarege per speed per KB pula, ianya bergantung pada kelajuan internet anda.
Jika blog anda bersaiz lebih dari 100kb, cuba kurangkan beban pada blog anda.
klik sini
Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah blog itu lambat untuk melalui proses 'loading page'. Kebiasaannya, punca utama adalah kerana blog tersebut dibina menggunakan banyak image.
Paparan image pada post yang saiz 'file'nya terlalu besar.Untuk mengecilkan saiz 'file' image tersebut, sila baca di sini.
Penggunaan banyak widget javascript juga menjadi salah satu punca utama mengapa blog menjadi berat.
Sebab lain, kenapa blog menjadi berat.
1. Widget berbentuk flash (.swf): contohnya widget seperti jam, visitor counter, gambar slide, games, iklan dan sebagainya.
2. File Javascript (.js); contohnya marquee text, photo slider dan jquery .
3. File Image bersize besar (.jpg, png, gif dan sebagainya); Contohnya seperti gambar atau ikon yang boleh bergerak, Lebih-lebih lagi image berformat .gif (animation) yang bersaiz besar.
4. Terlalu banyak post di muka depan(front page). Tekan Ctrl + - pada keyboard sebanyak empat kali. Anda boleh lihat sama ada blog sukar untuk di scroll atau pun mudah. Kemudian, bandingkan dengan blog lain.
5. File audio atau video yang di mainkan secara auto.
0 comments:
Post a Comment