Showing posts with label faktar haiwan | animal fact. Show all posts
Showing posts with label faktar haiwan | animal fact. Show all posts
Monday, February 7, 2011
haiwan comel atau pelik | cinta haiwan
Mari kite lihat gambar-gambar haiwan ciptaan Allah yang ajaib di tempat kite tapi adalah haiwan yang normal "well known" di tempat asalnye..

Antara haiwan yang sangat comel. Kalau boleh nak bela je.. hehe. Macam Mickey Mouse pun ade kan.. Spesis haiwan Langka yang dijumpai di gurun kering-dingin di wilayah Mongolia.

"Matamata Turtle".. Spesis kura-kura tapi kurang hensem sikit. Spesis ni membiak ni daerah Rawa-rawa di Matamata New Zealand . Haiwan yang pelik sekali dengan nama tempat turut serta join sebagai name yang pelik..

"Saiga Antelope", antara haiwan yang semakin pupus. Lokasi UNKNOWN.. Dari sumber-sumber yang dijumpai, mereka mengatakan populasi haiwan ini hanye tinggal kire-kire 50 ribu saje lagi..

Ni lagi satu makhluk Allah yang agak comel. Spesis tikus dan diberi name "Gajah Tikus". Membiak dengan banyaknye di Afrika Selatan. Diorang jugak membiak dengan sangat cepat. Dari ape yang saye perhatikan, diorang ni agak bersih.. kire ok la kalau nak bela pun..

"Long-billed Echidna" sejenis haiwan yang membiak di Papua New Guinea . Sejenis mamalia yang x sesuai nak bela sebab die ni banyak songeh sikit. Nak makan pun, kene yang fresh. Makhluk ni juga merupakan makhluk yang dianggap sebagai haiwan yang normal di sane.. Cume kite je yang akan rase heran sebab tkde kat Malaysia..

"Pink Fairy Armadillo" adalah sejenis haiwan yang membiak di Argentina. Die mkan semut dan larva.. Nak bela? Ntah lah, tk tau sesuai ke tak..

"Patagonian Cavy" tikus besar, macam keldai pun ade.. Macam arnab pun ade.. Tinggal di kawasan kering di Argentina . Yang ni nak bela ok la kot. Tapi jangan letak dalam aquarium pulak k? Letak dalam reban ok..

Spesis ape ntah..kurang pasti tapi gaya macam spesis kura-kura.. Berbadan lembut dan beratnya sekitar 50kg.. Sesuai di letakkan di dalam aquarium kalau nak bela..

Cak! Ape tengok-tengok.. kate "Star Nosed Mole" kepada korang.. hehe. Spesis haiwan yang tinggal di kawasan lembab di belakang rumah korang. X caye? Try la cek.. nanti-nanti jumpe la tu.. hurmm.. cube korang teka mane satu matee die.. aku pun kurang pasti nih..
sumber asal : coppy paste dari : rahim-hashim.blogspot

senarai haiwan terancam kepupusan | endangered species
1. ikan paus
2. badak sumatera
WWF, Jabatan Hidupan Liar Sabah rakam gambar spesies haiwan diancam kepupusan akibat penerokaan hutan dan pemburuan secara haram
2 kongkang
4. penyu belimbing
5. harimau belang
6. koala
7. panda
8.pangolin | tengiling
9. beruang kutub
10. poster
Saturday, January 15, 2011
HAIWAN YANG TELAH PUPUS..
Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti ‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
Pygmy Tarsier - Haiwan pupus ditemui semula
sumber asal :

Sekumpulan saintis telah menjumpai seekor pygmy tarsier di atas puncak sebuah gunung di kepulauan Sulawesi, Indonesia. Haiwan yang termasuk di kalangan primat paling kecil dan paling aneh di dunia tersebut, dikatakan sudah lapan dekad tidak ditemui oleh manusia. Masa selama dua bulan diambil oleh sekumpulan saintis bagi menangkap tiga ekor pygmy tarsier ini dengan menggunakan jaring. Tangkapan itu dibuat di Gunung Rore Katimbo di Taman Negara Lore Lindu di tengah Sulawesi pada ketinggian 6900 kaki di atas paras laut.
Kata mereka, kelihatan haiwan yang keempat tetapi tidak berjaya ditangkap. Haiwan ini telah dianggap pupus oleh sebahagian saintis. Seorang saintis, Prof. Sharon Gursky-Doyen, seorang professor antropologi dari Texas A&M University mengambil bahagian di dalam ekspedisi itu. Beliau juga turut digigit pada jarinya oleh haiwan tersebut semasa cuba memasang kolar alat pengesan radio pada haiwan kecil dan comel itu.
"Pembantu saya sedang memegang haiwan itu, manakala saya cuba memasang kolar radio pada lehernya. Tetapi memang sukar untuk memasang alat itu kerana haiwan ini boleh memusingkan kepalanya lebih kurang 180 darjah. Sedang saya cuba menutup klip kolar itu, ia memusingkan kepalanya dan menggigit jari saya. Saya terkejut dan kelihatan jari saya berdarah."
Kolar alat pengesan radio itu dipasang agar pergerakan haiwan itu dapat dikesan. Pygmy tarsier ini adalah haiwan primat yang aneh kerana ia adalah sejenis mamalia yang mempunyai ciri-ciri lemur, monyet, gorila dan manusia. Beberapa spesies tarsier hidup di beberapa kawasan di kepulauan asia. Pygmy tarsier saiznya kecil, dengan berat lebih kurang 50 gram. Mereka mempunyai mata dan telinga yang besar. Mereka ialah pemakan serangga pada waktu malam (nocturnal carnivore) dan antara keanehannya ialah ia mempunyai cakar dan bukannya kuku seperti primat yang lain.
Haiwan ini sudah tidak dilihat oleh saintis sejak 1921. Pada 2000, sekumpulan saintis Indonesia yang sedang cuba memerangkap tikus di tanah tinggi Sulawesi, secara tidak sengaja terbunuh seekor pygmy tarsier. Sejak waktu itu, semua orang percaya bahawa tiada lagi pygmy tarsier wujud di dunia ini kerana pencarian yang dibuat selama beberapa dekad menemui kegagalan dan tiada siapa lagi yang menemui dan dengar tentangnya.

faktor kepupusan
kenapa kepupusan berlaku
sumber asal : http://mforum2.cari.com.myKemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.
KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.
Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.
Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.
Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.
Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.
Kemusnahan dan perubahan habitat
Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.
Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.
Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.
Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.
Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.
Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.
Pemburu haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.
Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.
Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.
Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.
Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.
Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.
Keperluan barangan berasaskan haiwan
Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.
Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Pencemaran
Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.
Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
Perubahan suhu dunia
Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.
Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas.
Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.
Burung-hampir pupus
| Burung nasar berbulu putih makin pupus Oleh Shamsiah Sanin |

Burung yang gemar makan bangkai pupus disebabkan ‘diclofenac’ sejenis ubat anti bengkak yang digunakan untuk haiwan ternakan
BURUNG nasar Asia yang hidup di habitat liarnya mungkin pupus dalam tempoh 10 tahun lagi kecuali langkah diambil bagi menghentikan penggunaan ubat berasaskan kimia terhadap haiwan ternakan.
Satu kajian yang dijalankan pakar menunjukkan, populasi satu daripada spesies burung nasar berbulu putih dikenali 'white back' sudah merosot sebanyak 99.9 peratus sejak 1992.
Saintis yang menjalankan kajian berkata, India misalnya, sudah pun mengharamkan pengeluaran ‘diclofenac,’ sejenis ubat anti bengkak untuk lembu, tetapi bahan terlarang itu masih dijual dikalangan petani kerana harganya yang murah. Penemuan ini disiarkan jurnal ‘Bombay Natural History Society.’
Mereka juga mendapati, satu lagi spesies burung nasar bermuncung panjang merosot sebanyak 97 peratus dalam tempoh yang sama.
"Kami mendapati populasi kedua-dua spesies burung ini berkurangan kira-kira 16 peratus setiap tahun dan ini amat membimbangkan, terutama membabitkan spesies 'white back' yang berkurangan antara 45 peratus hingga 50 peratus setiap tahun," kata Dr Andrew Cunningham, yang turut mengambil bahagian dalam kajian itu.
![]() Burung nasar raja betina dari Amerika Selatan. |
Dr Cunningham berkata, walaupun kerajaan India mengharamkan pengeluaran ubat itu pada 2006, ia tidak memberi banyak kesan positif.
"Kerajaan hanya melarang pengeluarannya untuk merawat haiwan,tetapi pengeluaran untuk tujuan perubatan manusia tidak terjejas dengan pengharaman ini. Kita akan mengambil masa yang panjang sebelum dapat memulihkan semula populasi burung ini," katanya.
Beliau berkata, kaedah merawat haiwan menggunakan ‘diclofenac’juga tidak diharamkan dan ini menyebabkan ramai petani memilih‘diclofenac’ daripada jenis yang digunakan untuk perubatan manusia dan tidak menggunakan jenis ‘diclofenac’ khusus untuk haiwan kerana harganya lebih murah.
Pihaknyajuga mendapati ubat itu masih diimport daripada syarikat pengeluar diluar negara, sekali gus bermakna bekalan boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.
Beberapa tahun lalu penyelidik berjaya mengenal pasti ubat alternatif dikenali ‘meloxicam’ yang tidak mempunyai kesan toksik terhadap burung nasar. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan kerana harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding ‘diclofenac’.
Kini, harga bahan itu sudah menjadi lebih murah apabila semakin banyak syarikat mengeluarkan ubat pilihan yang selamat untuk burung nasar.
"Perbezaan harga bukanlah suatu masalah sekarang berbanding dua tahun atau tiga tahun lalu tetapi kesedaran umum terhadap perkara ini amat perlahan dan kami bimbang ia terlalu lewat untuk kita memastikan spesies burung nasar dapat terus hidup," katanya.
Kumpulan pemulihan alam sekitar baru-baru ini menubuhkan beberapa pusat pembiakan dalam kurungan bagi spesies burung nasar yang diancam kepupusan bagi membantu memulihkan populasinya.
Usaha ini diketuai Persatuan Sejarah Semula Jadi Bombay (BNHS) dengan kerjasama Inisiatif Darwin Britain dan disokong beberapa pertubuhan luar negara.
Salah sebuah pusat pembiakan itu berjaya menetaskan dua biji telur burung nasar spesies 'white back' dan bagi kumpulan pemulihan alam semula jadi itu, kejayaan yang dicapai amat menggembirakan mereka.
"Kedua-dua anak burung itu nampaknya sihat dan kami berasa amat gembira dengan kejayaan ini, tetapi kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun lagi sebelum dapat melepaskan burung nasar itu ke habitat asalnya," katanya.
Dr Cunningham berkata, usaha menangkap burung nasar 'whiteback' di habitat liarnya amat sukar kerana jumlah haiwan itu yang terlalu sedikit, berikutan itu pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mencari sarang burung itu dan mendapatkan anaknya untuk dipelihara dalam kurungan.
"Bagaimanapun, burung nasar hanya matang selepas mencapai usia lima tahun manakala pembiakan biasanya hanya berjaya selepas dua atau tiga musim mengawan," katanya.
Dr Cunningham turut melahirkan kebimbangan kerana ‘diclofenac’ kini memasuki pasaran Afrika sebagai ubat haiwan.
"Afrika mempunyai spesies burung nasarnya sendiri yang hampir menyerupai spesies dari India dan Asia, jadi kami tahu risiko yang bakal dihadapi," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)